KSSM Book

Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Hari Vaisakhi, Tahun Baru Tamil



Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Vaisakhi dan Tahun Baru Tamil kepada semua masyarakat Sikh dan Tamil di negara ini.

Menurut catatan dalam Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Yang di-Pertuan Agong bertitah toleransi dan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain menjadi tunjang perpaduan negara selama ini.

“Sebagaimana saya menegaskan sebelum ini, perpaduan berbilang kaum ialah hadiah yang paling bermakna buat saya.

“Keharmonian dan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat tanpa mengira agama atau bangsa amat penting untuk kestabilan negara,” titah Sultan Ibrahim.

Yang di-Pertuan Agong turut bertitah semoga Hari Vaisakhi dan Tahun Baharu Tamil akan terus membawa kegembiraan kepada mereka yang meraikannya.

Hari Vasakhi menandakan permulaan musim menuai mengikut kalendar masyarakat Punjabi dan Sikh.

Sementara itu, Chithirai Puthandu iaitu Tahun Baharu bagi kaum Tamil disambut setiap tahun pada hari pertama dalam kalendar matahari Tamil.

- Bernama


Baca lagi


Akmal guna taktik serang tanpa asas selepas gagal sangkal fakta



IPOH: DAP Perak mendakwa Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhammad Akmal Saleh menggunakan taktik menyerang tanpa asas selepas tidak mampu menyangkal fakta yang dikemukakan berhubung pencapaian menteri DAP dalam Kerajaan Perpaduan.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Perak, Jenny Choy Tsi Jen berkata, Muhammad Akmal mendakwa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming penyebab ekonomi negara teruk tetapi fakta menunjukkan sebaliknya.

Menurutnya, ini kerana faktanya ialah KPKT mendapat Penarafan Malaysian Government Performance Index (MyGPI) Tahun 2022-2023 Kategori Platinum.

Katanya, malah Menteri KPKT itu menduduki tempat keempat sebagai menteri yang rakyat paling puas hati dalam 100 hari pertama Kerajaan Perpaduan menerusi selidik oleh media arus perdana.

“Yang baik jadikan teladan, yang jahat jadikan sempadan. Akmal Saleh adalah seorang yang patut dilakar sempadan.

“Perbezaan pendapat dalam politik itu amat biasa. Segala ketidak-seirasan pendapat boleh dibahas dengan fakta.

“Namun jika fakta itu tidak mampu disangkal, maka dia gunalah serangan tanpa asas. Itu taktik Akmal Saleh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jenny Choy berkata, beliau tidak pasti sekiranya ada kaji selidik berkenaan prestasi Akmal Salleh sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

“Namun, mana-mana dia duduk pun, kami profesional. Kami bahas dengan prestasi, kami sangkal dengan fakta. Kami tidak akan panggil Akmal Saleh ‘bodoh’.

“Yang jahat jadikan sempadan. Akmal Saleh contoh yang terbaik,” katanya.

Sebelum ini, Muhammad Akmal berkata, semasa zaman pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, ekonomi tetap naik dengan baik walaupun ada kempen boikot dilakukan.

Muhammad Akmal Saleh berkata, ekonomi negara menjadi teruk sebab ada menteri yang macam Nga Kor Ming.

Beliau berkata demikian selepas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu membuat kenyataan bahawa akibat boikot yang dimainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab, pekerja-pekerja terpaksa menanggung sengsara.

Muhammad Akmal melancarkan boikot kepada KK Mart selepas pasar raya serbaneka itu menjual stoking kalimah Allah. – UTUSAN


Baca lagi


Sekolah di Terengganu perlu patuh arahan KPM



KUALA TERENGGANU – Susulan kemunculan maklumat di laman sosial mengenai rungutan ibu bapa yang mendakwa ada sekolah merancang untuk mengadakan aktiviti merentas desa minggu ini, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengingatkan semua sekolah supaya tidak mengadakan sebarang aktiviti luar bilik darjah pada musim panas.

Pengarah JPNT Jelani Ngah berkata, mengikut garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM) sebarang aktiviti luar bilik darjah tidak boleh dijalankan sekiranya suhu mencapai 35 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.

Beliau berkata, pihaknya memberi arahan jelas kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) supaya menangguhkan semua aktiviti luar luar bilik darjah dalam keadaan cuaca panas bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini seperti strok haba.

“JPNT sentiasa memberi perhatian serius kepada isu kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid khususnya dalam keadaan cuaca panas yang melanda negara,” katanya dalam kenyataan hari ini. — BERNAMA


Baca lagi


Hantaran didakwa hina Agong, Hezry tampil mohon maaf - Sinar Harian



Hantaran didakwa hina Agong, Hezry tampil mohon maaf

JOHOR BAHRU - Seorang individu dikenali, Hezry Yasin yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dalam Facebook miliknya hingga mencetuskan kemarahan orang ramai tampil membuat permohonan maaf pada Ahad.

Hezry berkata, beliau tidak menyangka dan mengakui terkejut apabila tulisannya itu mendapat kritikan daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan pandangan tersebut.

"Saya mohon maaf atas kekhilafan saya. Jujur saya agak ‘speechless’ (tidak mampu berkata apa-apa). Saya mohon maaf atas kesilapan saya.

"Penulisan saya itu adalah pandangan peribadi saya sendiri. Sungguh, memang langsung tidak ada niat menghina institusi beraja. Cuma sekadar pandangan daripada diri sendiri.

"Apa-apa pun, sekali lagi saya mohon maaf buat semua. Saya tidak menafikan doa untuk sesama muslim itu sangat baik," tulis Hezry dalam Facebook miliknya.

Menurut Hezry, beliau mendoakan Malaysia menjadi sebuah negara yang aman dan makmur seperti yang disebutkan dalam al-Quran.

"Semoga Malaysia menjadi sebuah negara seperti yang disebut oleh ALLAH SWT dalam surah As-Saba," katanya.

Pada Ahad, Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros berkata, 26 Pemuda UMNO bahagian di negeri ini akan membuat laporan polis mengenai hantaran yang dimuat naik individu berkenaan.

Tindakan itu bagi menggesa siasatan dibuat terhadap individu tersebut yang memuat naik entri dalam media sosialnya didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong.

Difahamkan sehingga tengah hari Ahad laporan polis sudah dibuat Pemuda UMNO dari bahagian Pasir Gudang; Parit Sulong; Pontian; Labis, Pagoh dan Batu Pahat.

Menerusi hantaran yang dibuat, Hezry mendakwa dia enggan menadah tangan ketika doa untuk Yang di-Pertuan Agong dan keluarga semasa solat Jumaat kerana menurutnya tidak memperjuang dan mempertahankan Islam ketika agama itu dikecam.

Dakawnya lagi, Yang di-Pertuan Agong membiarkan rakyat marhaen mempertahankan Islam sehingga dikecam, diperli dan ditertawakan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28


Baca lagi


Serangan Iran ke atas Israel: Wisma Putra perlu siap siaga, kata TPM



Wisma Putra perlu siap siaga, kata TPM

Kementerian Luar perlu berada dalam keadaan bersedia memantau keselamatan rakyat Malaysia di negara berisiko susulan serangan dron dan peluru berpandu oleh Iran ke atas Israel pada Sabtu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Wisma Putra perlu sentiasa memerhatikan perkembangan insiden ini dari masa ke masa dan sekiranya perlu ambil tindakan untuk bawa keluar rakyat kita daripada mana-mana tempat mempunyai risiko yang boleh berlaku serangan.

“Untuk rakyat Malaysia, saya nasihat elakkan dulu mana-mana tempat berisiko tinggi, sama ada Iran atau negara berdekatan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman di sini hari ini.

Stesen telelevisyen Kerajaan Iran Anadolu pada Sabtu melaporkan Kor Pengawal Revolusi Iran telah memulakan operasi serangan dron, menyasarkan lokasi di dalam wilayah yang diduduki Israel.

- Bernama


Baca lagi


Kes tembak KLIA: Pengawal peribadi ditembak terpaksa ditidurkan | Harian Metro



Kes tembak KLIA: Pengawal peribadi ditembak terpaksa ditidurkan


Baca lagi


Search This Blog