Polis buru dua suspek cuba rompak kedai emas di Machang
Polis sedang memburu dua lelaki disyaki terbabit dalam cubaan rompakan menggunakan senjata api di sebuah kedai emas di Machang semalam.
Ketua Polis Daerah Machang Supt Ahmad Shafiki Hussin berkata pihaknya menerima laporan daripada pemilik kedai mengenai kejadian itu kira-kira 2.20 petang selepas kedua-dua suspek melarikan diri menggunakan sebuah motosikal dipercayai jenis Yamaha Y15 berwarna biru dan tiada nombor pendaftaran.
"Cubaan rompak bersenjata api itu melibatkan dua lelaki yang berpakaian serba hitam, berseluar jean, memakai topi dan pelitup muka serta bersarung tangan.
"Semasa kejadian terdapat saksi yang cuba menangkap kedua-dua suspek tetapi gagal apabila mereka melarikan diri menggunakan sebuah motosikal," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata ketika kejadian terdapat empat orang berada dalam premis tersebut iaitu pemilik kedai dan dua ahli keluarganya serta dua pekerja, dan kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan selain tiada kerugian dialami.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat ke balai polis berdekatan," katanya.
- Bernama
Bahagian mana kartun saya hina Allah, soal Zunar
Bahagian mana kartun saya hina Allah, soal Zunar
Kartunis Zunar menegaskan dia memadam sebuah karyanya di media sosial kerana menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam isu kalimah Allah dan bukan disebabkan Pemuda PAS Kelantan membuat laporan polis.
"Ya, saya delete kartun tersebut dalam sosial media, tetapi bukan kerana saya takut berdepan dengan laporan polis yang mereka lakukan.
"Saya tahu pasti apa yang yang lukiskan. Cuma saya rasa selepas titah YDPA terbaru, sudah sampai masanya menghentikan karya-karya mengenai isu tersebut," katanya melalui satu kenyataan kepada Malaysiakini.
Pemuda PAS Kelantan pada 9 April lalu membuat laporan polis di Kota Bharu terhadap laman Facebook Zunar Cartoonist Fan Club dan menuduhnya menghina kalimah Allah.
Pun begitu Zunar berkata dia "tidak akan melayan tindakan oleh Pemuda PAS Kelantan, kerana mereka tidak ada keupayaan untuk berfikir secara intelektual."
"Kerana itu mereka tidak memahami karya-karya kartun satira," katanya.
Gambaran fobia
"Tapi kepada publik ingin saya jelaskan, dalam visual kartun tersebut, bahagian manakah yang dikatakan sebagai menghina Allah atau agama Islam?
"Kepada mereka yang mahu berfikir dengan akal sihat, kartun itu hanya menggambarkan ketakutan atau fobia sesetengah golongan terhadap sesuatu lambang sehinggakan menimbulkan tafsiran berlebihan," jelas pengkarya itu lagi.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 9 April lalu berkenan menerima mengadap pimpinan kanan parti Umno dan DAP di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Dalam satu hantaran di Facebook Sultan Ibrahim, ia menyebut sesi mengadap itu bertumpu kepada perkembangan semasa berkaitan isu-isu sensitiviti agama dan kaum.
Mereka yang hadir adalah Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan; Pengerusi Umno Melaka, Ab Rauf Yusoh; Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh dan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong.
Pada pertemuan itu Seri Paduka juga mengingatkan pemimpin politik supaya tidak melampau dalam memberikan pandangan mereka tentang isu-isu agama dan perkauman.
“Bukan hanya Umno dan DAP, tetapi juga semua parti. “Pemimpin mesti menjadi jambatan atau penghubung antara rakyat majmuk negara kita dengan contoh perilaku yang matang," titah baginda.
Adalah dipercayai sesi mengadap itu untuk menyelesaikan kekusutan berhubung kedai serbaneka KK Mart yang mengundang kontroversi selepas stoking yang tertera kalimah Allah ditemui di tiga cawangannya, bulan lalu.
Mengulas lanjut, Sultan Ibrahim betitah kejadian baru-baru ini sepatutnya membuka mata semua pihak bahawa semua lapisan rakyat mempunyai tanggungjawab menjaga perpaduan negara.
Titah baginda, perpaduan yang jitu dalam kalangan rakyat akan menjadi pemangkin kepada kesejahteraan sejagat Malaysia.
Yang di-Pertuan Agong juga bertitah supaya bermaaf-maafan antara satu sama lain sempena Aidilfitri dan membuka lembaran baru.
Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap pengasas dan pengerusi eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Chai Kee Kan, pada 3 April.
Sesi mengadap di Istana Negara, Kuala Lumpur, itu berlangsung selama 15 minit.
Pada sesi mengadap itu, Chai memohon ampun dan maaf kepada Seri Paduka Baginda serta seluruh umat Islam berhubung isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah di beberapa cawangan kedai serbaneka tersebut.
Sultan Ibrahim kemudian bertitah menekankan semua pihak termasuk KK Mart supaya lebih berhati-hati terhadap produk yang dijual khususnya barangan import bagi mengelakkan perkara sedemikian berulang.
Kedai serbaneka KK Mart mengundang kontroversi selepas stoking yang tertera kalimah Allah ditemui di tiga cawangannya.
KK Mart dan bekas pembekalnya kemudiannya memohon maaf atas perkara itu dan mendakwa mereka terlepas pandang.
Pada Mac lalu, Chai, dan isterinya Loh Siew Mui, selaku pengarah telah diheret ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan didakwa dengan pertuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam.
Mereka mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
Selain menjadi sasaran kempen boikot, khususnya daripada Pemuda Umno, tiga kedai serbaneka diserang cubaan bom api.
Agong harap lebih banyak syarikat China melabur di Malaysia
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berharap lebih banyak syarikat China akan melabur di Malaysia, sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat di negara ini.
Perkara itu dinyatakan oleh Seri Paduka Baginda apabila berkenan menerima menghadap Duta Besar China di Malaysia, Ouyang Yujing, hari ini, yang turut disertai oleh Presiden FAW Hongqi Global, Wang Lingyu dan tokoh perniagaan Tan Sri Lim Kok Thay dan Datuk Lim Chee Wah.
Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda itu membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China serta isu-isu semasa berkaitan kedua-dua negara.
“Dalam sesi menghadap ini, seri paduka turut berkenan memberikan pandangan mengenai hala tuju hubungan diplomatik antara kedua-dua negara dan keperluan untuk mengenal pasti peluang kerjasama yang lebih luas,” menurut hantaran yang dikongsikan melalui Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Menerusi hantaran itu, Sultan Ibrahim bertitah bahawa China adalah salah satu kuasa ekonomi dunia yang penting dan rakan dagang yang besar kepada Malaysia.
Justeru, Seri Paduka Baginda berharap Malaysia menggunakan keupayaan uniknya untuk memanfaatkan dan meningkatkan jumlah dagangan, pertukaran teknologi serta turut mengembangkan eksport ke China.
Dalam pertemuan yang sama, Seri Paduka Baginda turut dipersembahkan dengan Hongqi L5, sebuah kereta keluaran China dan Sultan Ibrahim merupakan pemilik pertama di dunia.
Kereta keluaran FAW Group yang menampilkan rekaan gaya retro itu digunakan oleh pemimpin tertinggi China bagi acara kenegaraan serta diplomatik.
- Bernama
[VIDEO] Nabila Razali disanjung, pandai bawa diri balik Kelantan - Kosmo Digital
[VIDEO] Nabila Razali disanjung, pandai bawa diri balik Kelantan
PETALING JAYA – Penyanyi Nabila Razali yang pulang ke kampung suaminya di Kelantan bagi meraikan Syawal disambut penduduk setempat dengan meriah.
Menerusi sebuah perkongsian video, Nabila atau nama lengkapnya Nur Nabila Mohd. Razali, 32, kelihatan sibuk melayan tetamu dan peminat di Bachok.
Ramai memuji karakter pelantun lagu Pematah Hati itu yang tidak kekok walaupun baru pertama kali beraya di negeri Pantai Timur.
“Mek Nab (Nabila) jadi kesayangan orang Kelantanlah selepas ini. Dia juga nampak selesa di sana,” kata peminat.
“Habislah rumah mentua Nabila kena serbu ya sebab menantunya artis,” ujar pengikut.
“Rileks sahaja bagi duit raya begitu. Tak perlu cetak muka dia atas sampul,” tutur pengikut lain.
Sebelum ini, Nabila meluahkan rasa berdebar tatkala berkongsi perasaan mahu pulang berhari raya di kampung halaman suami tercinta, Nik Iruwan Nik Izani.
Terdahulu, Nabila dan ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani, 39, selamat bernikah pada 18 November tahun lalu di sebuah hotel di Pahang yang hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat.– KOSMO! ONLINE
@nur.sxbrinxx Nak balik mane? #fypシ#kelantan#raya#nabilarazali
♬ Raya Mana? – Nabila Razali
Dollah Cantek meninggal dunia - Sinar Harian
Dollah Cantek meninggal dunia - Sinar Harian
PENGACARA dan juga bekas pengurus pentas program-program terbitan Astro, Dollah Cantek menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Sentul Point Suit Apartment, Kuala Lumpur, pada jam 8.40 pagi tadi.
Menurut rakan terdekat Allahyarham, Mohd Shukri Ibrahim, punca sebenar kematian Dollah atau nama sebenarnya Abdullah Ibrahim masih belum diketahui dan keluarganya masih menunggu keputusan forensik.
“Sehubungan dengan itu pihak waris dan keluarga terpaksa menunggu keputusan forensik bagi menetapkan upacara pengurusan jenazah Allahyarham yang dijangka selesai pada jam 5 petang.
“Sekiranya Allahyarham ada mempunyai sebarang hutang dengan bukti dan belum dijelaskan lagi mohon berhubung dengan saya atau menghalalkan, lebih baik jika tidak mahu dituntut lagi,” katanya kepada Sinar Harian.
Tambah Mohd Shukri, maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Semasa hayatnya, Dollah berkhidmat dengan stesen televisyen berbayar, Astro, sebelum mengorak langkah sebagai pengacara dan pernah membintangi filem terakhir karya Allahyarham Mamat Khalid iaitu Kampong Pisang Berbuah Dua Kali.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Sze Fei-Nur Izzuddin inch closer to first BAC title
KUALA LUMPUR: National men’s doubles Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani are just one step away from winning the Badminton Asia Championship (BAC) 2024 title in Ningbo, China today.
The national pair reached the final after defeating fellow countrymen Aaron Chia-Soh Wooi Yik 21-14 and 21-18 in a 40-minute battle, in the semi-finals at the Ningbo Olympic Sports Center Gymnasium.
It is the second victory of Sze Fei-Nur Izzuddin ranked 19th in the world over the senior doubles ranked fifth in the world who are also the country’s top men’s doubles, after their last conquest in the German Open 2019.
Waiting for them in the final, are the winners of the other semi-final match between home pair Liang Wei Keng-Wang Chang and Taiwanese duo, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan today.
The last time Malaysia emerged as the BAC men’s doubles champions was in the 2007 edition in Johor Bahru through Choong Tan Fook-Lee Wan Wah who defeated compatriots, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong 21-14, 11-21, 21-12.
Dr Dzul: Naik taraf HKL dibuat berperingkat, elak perkhidmatan terjejas
Naik taraf HKL dibuat berperingkat, elak perkhidmatan terjejas
Pembangunan semula Hospital Kuala Lumpur (HKL) akan dibuat secara berperingkat bagi mengelakkan perkhidmatan sedia ada terjejas, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.
Dzulkefly berkata pembangunan semula itu bagi terus mengangkat peranan HKL sebagai hospital rujukan utama dan memastikan ia terus menyediakan perkhidmatan perubatan berkualiti dan berkesan.
"Pelan ini dibahagikan kepada dua komponen iaitu perancangan pembinaan blok-blok baru dan penaiktarafan blok utama.
"Pelan ini menitikberatkan usaha pembangunan HKL secara inklusif dan menyeluruh bagi terus mengangkat kegemilangan peranan HKL sebagai hospital rujukan utama awam negara, selain memastikan HKL kekal mapan menyediakan perkhidmatan perubatan berkualiti dan berkesan dalam memenuhi keperluan kesihatan rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dzulkefly berkata fasa pertama melibatkan pembangunan semula Institut Pediatrik HKL (Hospital Tuanku Azizah 2, HTA2), fasa kedua dengan pembinaan blok surgikal manakala fasa ketiga untuk menaik taraf blok materniti.
"Buat masa ini, cadangan projek HTA2 telah diluluskan dalam Rolling Plan Keempat (RP4) 2024 untuk kerja-kerja awalan penyediaan skop projek dan anggaran kos pembangunan," katanya lagi.
Rancangan 15-20 tahun
Mengulas lanjut, dia berkata penaiktarafan blok utama memerlukan kerja naik taraf sistem intrastruktur secara menyeluruh bagi memenuhi keperluan semasa seperti sistem elektrik dan keselamatan, gas perubatan, sistem perpaipan air, lif, telekomunikasi dan pembentungan.
Ia melibatkan 12 wad dan sebahagian Jabatan Sokongan Klinikal di bangunan utama, katanya lagi.
"Kementerian Kesihatan mempunyai hasrat untuk memasang sistem pendingin hawa di wad-wad sedia ada. Sehubungan itu, pemasangan akan didahului dengan kerja-kerja mekanikal dan elektrikal agar dapat menampung pemasangan pendingin hawa.
"Pada masa sama, kerja-kerja pemasangan kipas dan penambahan bukaan tingkap akan dibuat bagi memastikan pengudaraan di wad-wad lebih efisien untuk keselesaan pesakit dan petugas kesihatan," katanya.
Dia yang juga ahli parlimen Kuala Selangor berkata rancangan 15-20 tahun itu turut mengambil kira aspek rawatan penyakit berjangkit dan pemasangan sistem penghawa dingin di wad, termasuk wad kelas tiga.
Pada khamis lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan meneliti keperluan menyegerakan penambahbaikan wad kelas tiga di hospital itu.
“Kita lihat sendiri macam kawasan wad kelas tiga itu panas sikit dan sesak, dan menteri (Dr Dzulkefly) akan bawa untuk perhatian Jemaah Menteri agar kita segerakan mana yang perlu,” katanya.
Justeru, Dzulkefly berkata penaiktarafan dan penyelenggaraan wad kelas ketiga akan dipercepat bagi meningkatkan keselesaan pesakit dan petugas kesihatan.
"Pembinaan blok-blok baru akan menyumbang kepada tambahan bilangan katil serta prasarana hospital yang lebih kondusif dan selesa bagi perawatan pesakit, persekitaran kerja petugas kesihatan serta keselesaan pelawat," katanya lagi.
Jumlah Duit Raya Pemberian Shuib Kepada Watie Hanifiah Undang Perhatian Ramai | Oh! Media
Jumlah Duit Raya Pemberian Shuib Kepada Watie Hanifiah Undang Perhatian Ramai
Pelawak dan usahawan, Shuib dan isterinya Watie Hanifiah meraikan Hari Raya Aidifitri sebagai suami isteri buat kali pertama tahun ini.
Menerusi satu video di Tiktok, Watie muat naik satu video dapat duit raya dari suaminya itu mengundang perhatian ramai.
Mari kita tengok, dalam ini ada lima sampul. Saya ingatkan duit raya sama macam orang, rupanya lain. Maknanya itulah martabat isteri tercinta.
Teruja betul Watie bila buka sampul pemberian Shuib itu dan berniat untuk tidak gunakannya.
Pertama kali beraya bersama suami, dapat duit raya. Ini akan saya jadikan khazanah. Saya takkan guna, saya akan simpan ini sampai bila-bila.
Sampul yang pertama RM1000, sangat excited! Saya akan simpan sampai anak cucu cicit.
Watie juga dilihat mengucapkan terima kasih kepada Shuib dan berkata yang dia sentiasa mendoakan suaminya itu setiap hari.
Terima kasih, semoga dilimpahkan rezeki. Saya akan doakan 5000 doa setiap hari. I love you.
Wah! Seronok betul tengok. Apapun, di kesempatan ini kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pengikut Ohmedia yang setia dari dulu sehingga kini. Maaf zahir dan batin!
Kredit: Tiktok Watie
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
‘Ikan kiamat’ muncul sebelum gempa melanda Taiwan
SEEKOR ‘ikan kiamat’ yang dikatakan hanya muncul ketika bencana hampir tiba, ditangkap oleh seorang nelayan sejurus sebelum gempa bumi maut menggegarkan Taiwan dua minggu lalu.
Ikan oar biasanya hidup pada kedalaman sehingga satu kilometer di dasar laut, tetapi legenda Jepun mengatakan ia muncul di perairan cetek apabila kejadian seismik akan berlaku.
Ikan itu dilaporkan ditangkap di Filipina sejurus sebelum negara jiran Taiwan menghadapi gempa bumi terbesar dalam tempoh 25 tahun.
Ia ditemui berhampiran Pulau Kalanggaman, kira-kira 1,448 kilometer di selatan pusat gempa, kira-kira 30 jam sebelum gempa bumi berlaku.
Nelayan, Brenjeng Caayon yang menemukan ikan tersebut ketika menaiki bot MB Starlight pada pukul 2 pagi (waktu tempatan) percaya ia bukan kebetulan.
Bercakap kepada pemberita, Caayon berkata, ikan itu sering dianggap me
mbawa petanda buruk, menyebabkan penduduk akan merasa takut jika menemukannya.
“Saya tidak percaya sebelum ini, tetapi sekarang saya sudah mula percaya. Saya memiliki bot nelayan itu dan mempunyai tiga nelayan di atas kapal. Anak kapal tidak tahu jenis ikan itu dan kali pertama mereka melihatnya.
“Mereka sepatutnya membuangnya semula, tetapi saya menghalang mereka. Saya menyuruh mereka membawanya ke darat.
“Apabila saya melihatnya, saya mengenalinya serta-merta; Saya pernah melihat ikan oar sebelum ini, tetapi tidak sebesar ini,” katanya.
Caayon, 53, berkata, ikan itu panjangnya hampir 1.5 meter dengan berat dianggarkan sekitar 15 kilogram (kg).
“Hidupan laut itu mendapat jolokan ‘ikan kiamat’ kerana ramai percaya petanda bencana yang dibawa apabila ia mula berada di permukaan laut.
“Tetapi saya percaya setiap yang berlaku adalah penyembuhan untuk bumi kita,” katanya.
Gempa bumi berukuran 7.4 magnitud di Taiwan dilaporkan membunuh 13 orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 1,000 yang lain.
Kepercayaan terhadap petanda bencana alam ikan oar semakin terkenal selepas gempa bumi dan tsunami Tōhoku pada 2011 yang memusnahkan Jepun.
Pada 2010, Ahli Seismologi Ekologi, Kiyoshi Wadatsumi berkata, spekulasi mengenai legenda makhluk itu mempunyai asas berdasarkan kajian sains.
“Ikan laut dalam yang hidup berhampiran dasar laut lebih sensitif terhadap pergerakan sesar aktif daripada yang berdekatan dengan permukaan laut,” katanya kepada Japan Times.
Bagaimanapun laporan 2019 daripada Buletin Persatuan Seismologi Amerika gagal mewujudkan kaitan antara ikan tersebut dengan gempa bumi yang bakal berlaku dan mendakwanya sebagai kepercayaan karut. – AGENSI
PKR mahu lapor polis isu dakwaan royalti minyak masuk akaun parti
PKR akan membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia terhadap siaran media sosial yang mendakwa dana royalti bernilai berbilion ringgit untuk Kelantan dan Terengganu disalurkan ke dalam akaun parti itu.
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzi berkata parti itu mendedahkan akaun kewangannya yang telah diaudit pada setiap kongres PKR.
"Ada individu muat naik posting palsu dan fitnah yang amat jijik. PKR menerbitkan akaun setiap kali kongres diadakan, dan akaun tersebut diaudit juruaudit bertauliah.
"Tidak pernah ada jumlah seperti yang dituduh itu masuk ke dalam akaun PKR.
"Saya telah mengarahkan supaya laporan polis dan aduan MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) dibuat segera terhadap individu yang menyebar fitnah jahat ini," kata Fahmi, yang juga menteri Komunikasi, di Facebook hari ini.
Dia merujuk kepada hantaran media sosial individu dalam kumpulan Facebook bernama "Jabatan Netizen Negara".
Awal minggu ini, Kementerian Kewangan mendedahkan hampir RM1 bilion wang ehsan (wang muhibah) disalurkan kepada kerajaan Kelantan dan Terengganu pimpinan PAS tahun lepas.
Ini terdiri daripada RM786 juta untuk Terengganu dan RM200 juta untuk Kelantan untuk petroleum yang diekstrak di luar pantai kedua-dua negeri.
DBKK kutip 200kg sampah di Segama Waterfront ketika cuti Aidilfitri
Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu (DBKK) terpaksa mengutip 200 kilogram sisa sampah yang dibuang secara tidak bertanggungjawab semasa cuti perayaan Aidilfitri di sekitar Segama Waterfront di Kota Kinabalu.
DBKK dalam kenyataan hari ini menyebut tindakan pengutipan dan penyapuan dilakukan segera di sekitar Segama Waterfront serta Taman Awam Teluk Likas selepas perkongsian orang awam melalui gambar dan video sampah sarap yang bertaburan di kawasan berkenaan.
Menurut kenyataan itu sampah sarap yang bertaburan telah mengotori persekitaran dan menimbulkan rasa ketidakselesaan kepada para pengunjung.
“Ini menunjukkan mentaliti segelintir masyarakat awam yang masih menganggap tugas menjaga kebersihan adalah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan atau pihak berwajib semata-mata,” menurut kenyataan itu.
Susulan itu DBKK melalui Jabatan Penguatkuasaan akan mengaktifkan Ops Payung di kedua-dua tempat tersebut bagi menguatkuasakan sepenuhnya Undang-Undang Kecil (Anti Sampah Sarap) 1984 Pindaan 2005 yang membolehkan DBKK mengambil tindakan kompaun serta tindakan mahkamah ke atas kutu sampah.
Kenyataan itu menyebut setakat Januari hingga semalam, DBKK telah mengenakan 278 kompaun di bawah kesalahan Undang-undang Kecil (Anti Sampah Sarap), masing-masing 64 kompaun di Taman Teluk Likas dan 214 dikeluarkan di pusat bandar.
“Dalam minggu ini juga, lima kompaun di bawah Undang-undang Kecil (Penjaja) 1966 dikeluarkan ke atas penjaja haram di Taman Awam Teluk Likas sementara satu rampasan barangan penjaja haram di Segama Waterfront,” menurut kenyataan itu.
- Bernama
Penduduk gesa masalah air ditangani - Sinar Harian
Penduduk gesa masalah air ditangani
Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai keistimewaan termasuk pengalaman tanpa iklan dengan melanggan Sinar Premium
Artikel Tanpa Had Akses mana-mana artikel dimana jua
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Jangan hina, mereka yang tampal lubang jalan, bina TRX - Kosmo Digital
Jangan hina, mereka yang tampal lubang jalan, bina TRX
PETALING JAYA – Tindakan segelintir pengguna media sosial warga tempatan menyindir dan memperlekeh warga asing menyambut Hari Raya Aidilfitri di pusat membeli-belah terkemuka ibu negara dianggap sebagai melampaui batas.
Teguran tersebut diberikan oleh penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, rentetan lambakan komen berunsur penghinaan pada beberapa siri video yang dimuat naik di media sosial baru-baru ini.
Jelas Caprice, dia merasa seakan terpanggil untuk memberi teguran tersebut meskipun dianggap tidak menyuarakan suara majoriti masyarakat tempatan.
“Ramai netizen Malaysia maki dan hina mereka (warga asing) soal apa mereka buat di sini (ibu negara), agak-agak siapa yang bina Tun Razak Exchange (TRX), KLCC (Menara Berkembar Petronas) dan siapa yang tolong tampal lubang jalan serta cuci tandas.
“Apa salahnya mereka menikmati Malaysia dan menunjukkan pada keluarga (di negara asal).
“Daripada kita hina, lebih baik cakap terima kasih sebab tolong kutipkan sampah, cuci tandas dan bina bangunan di Malaysia,” katanya menerusi hantaran video di Instagram.
Terdahulu, tular video yang dikongsikan pengguna TikTok muhammad_safii94, kelihatan orang ramai termasuk warga asing membanjiri lokasi tersebut, bahkan terdapat dua individu sedang menari di pekarangan pintu masuk KLCC.
Video tersebut mengundang pelbagai komen pengguna media sosial yang menyifatkan suasana di KLCC dan tempat tumpuan lain di ibu negara, tidak ubah seperti di luar negara.
Dalam masa sama, ada juga yang berpandangan cuti Aidilfitri ini memberi peluang kepada warga asing untuk bersiar-siar dan meluangkan masa bersama rakan-rakan selepas penat bekerja. – KOSMO! ONLINE.
Melayu jadikan ubi kayu sebagai petanda orang berbudi atau bebal | The Malaysian Insight
Melayu jadikan ubi kayu sebagai petanda orang berbudi atau bebal
TIDAK ada apa yang anehnya dengan saranan untuk menjadikan ubi kayu makanan ruji ganti sementara (baca dengan penerangan dan nota untuk ditekankan kata atau kalimat sementara itu).
Hanya mereka yang cetek fikiran sahaja menafikan bahawa makanan ruji dan asas orang Melayu antara lain adalah nasi, ubi kayu, dan sagu.
Dalam tradisi pemakanan dan gastronomi Melayu, ubi kayu mempunyai makam khas meskipun tidak sampai menggantikan kedudukan istimewa nasi.
Dalam banyak keadaan ubi dijadikan perlambangan hal budi dan bakti, atau agama dengan rujukan khusus kepada nabi.
Hal ini dapat dilihat dalam pantun-pantun Melayu lama. Antara lain ada bait pantun seperti;
Banyaklah ubi perkara ubi,
Ubi merambat tepi-tepian;
Banyaklah nabi perkara nabi,
Nabi Muhammad nabi pilihan.
Atau juga terlihat seperti dalam pantun ini, iaitu:
Cacaklah ubi tanda bertani,
Ubi dikerat di dalam taman;
Banyaklah nabi turun ke bumi,
Nabi Muhammad nan akhir zaman.
Ada banyak tanda ubi menjadi makanan ruji buat orang Melayu selain dari nasi. Jika kita mengkaji pembayang pantun yang merakam cara hidup orang Melayu, kita akan mendapati antara lain pantun seperti:
Terang bulan menggali ubi,
Ubi digali berkarung-karung;
Tuan di awan saya di bumi,
Berkirim surat di mulut burung.
Sayugia diingatkan pantun adalah khazanah dokumentasi cara hidup orang Melayu. Maka membaca pantun seibaratnya membaca dan mengertikan cara fikir dan gaya kehidupan mereka.
Dalam aspek gastronomi, pembayang pantun mengenai ubi mengisyaratkan kepada kita orang Melayu memang menjadikan ubi sebagai tanaman ganti pada masa tertentu.
Malah ubi ditawarkan dengan aneka keragaman untuk disediakan sebagai sajian menarik. Misalnya baca sahaja pantun-pantun ini:
Sejak ubi diberi bergula,
Manis melekat hila disayur;
Sejak babi jadi kepala,
Habislah umat kena sungkur.
Tanam ubi tanam kembili,
Mari dicolek santan manisan;
Adik hendak mencari bini,
Kalau boleh hendak berbesan.
Jika pantun di atas menentukan ubi yang digulakan, ada pula cara lain iaitu ubi disaran untuk direbus;
Rebus ubi tanam di kampung,
Sawah ladang tidak berpadi;
Putus tali boleh disambung,
Patah arang kerat sekali.
Pantun di atas juga menjelaskan ubi memang menjadi makanan ganti nasi di saat sawah tidak berpadi. Justeru mereka yang memperolokkan letak duduk ubi kayu ini ternyata memang teramat bebal ilmu hidup Melayu.
Pantun di bawah ini pula menjadi dalil kepada ubi sebagai tanaman integrasi, misalan lihat sahaja rangkap pantun di bawah ini:
Tanam ubi tanam keladi,
Anak belanak dalam tapisan;
Tuan beristeri dia bersuami,
Ada anak boleh berbesan.
Atau juga terpampang dalam pantun berikut:
Tanam ubi di tepi tebat,
Orang menjala di Kampung Ulu;
Hidup mati bersama sahabat,
Sahabat setia menudung malu.
Ubi kayu adalah sejenis tanaman kontan berkanji yang kaya dengan karbohidrat dan karotena, dan di banyak negara memang pun menjadi pilihan sebagai makanan ruji terutama di negara Asia seperti Vietnam, Filipina dan sesetengah ceruk di China, atau di Afrika seperti Nigeria dan Ghana malah di Brazil, Haiti, Paraguay, yang beriklim tropika.
Ia juga adalah sejenis tumbuhan yang boleh mendatangkan aneka produk, lantas menjadikan ia sangat unik. Antara lain ubi kayu boleh dijadikan kerepek, pelbagai kuih-muih basah dan boleh diusahakan untuk industri pengeluaran kanji.
Untuk orang kampung ubi kayu juga boleh dijadikan bahan makanan ternakan, jadi tidaklah membazirkan sisanya.
Di negara kita, ubi kayu pernah dikaitkan sebagai makanan ganti ketika era Perang Dunia Kedua. Namun demikian, tidak pula ramai mengetahui ubi kayu juga sebahagian dari tawaran budaya kita.
Di Sabah misalnya terdapat Pesta Ubi. Sebagai contoh di Daerah Tongod, Kinabatangan; masyarakat setempat menjadikan pesta ini titik fokal mempromosi hidangan berasaskan ubi kayu seterusnya mengkomersialkan produk berkenaan.
Tatkala ini juga Pesta Ubi diserikan dengan pertandingan Ratu Ubi (atau ratu cantik) selain pertandingan masakan berasaskan ubi kayu seperti makan tempatan Sabah antara lain ratogo, inampong, sinako, lampoka, sinako, langkout, dan ulam-ulam daun ubi kayu.
Makanya memang saya tersangat dan amat hairan apabila ada segelintir pihak mempersendakan ubi kayu apabila baru-baru ini ia menjadi topik hangat setelah Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul berkata, sumber karbohidrat seperti ubi kayu boleh dijadikan sebagai alternatif sementara menunggu isu bekalan beras putih tempatan (BPT) dapat diselesaikan di negara ini.
Tidak ramai yang tahu ubi kayu banyak khasiatnya. Terdapat banyak sandaran yang ubi kayu dapat menjadi makanan untuk mengekalkan awet muda.
Selain itu sudah banyak kajian sains pemakanan yang menekankan manfaat ubi kayu kepada sistem tubuh badan manusia.
Ubi kayu dihujahkan secara saintifiknya mengandungi antioksidan seperti quercetin, kaempferol, dan asid fenolik.
Antioksidan ini akan membantu tubuh dalam melindungi sel-sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas. Ia juga berkait rapat dengan penurunan risiko penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung.
Dalam kalangan perubatan tradisional, ubi kayu dipercayai boleh mengubati penyakit sakit kepala, gout, radang sendi, cirit-birit, menyembuhkan luka di samping meningkatkan stamina.
Kajian turut mengiktiraf ubi kayu sebagai makanan diet sihat. Ia disebut-sebut mempunyai indeks glisemik rendah, maka dapat menjadi alternatif untuk mereka yang berhasrat mengawal berat badan atau mempunyai masalah kencing manis.
Ini kerana ia memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan mengawal paras gula dalam darah.
Jika ada dalam kalangan kita yang mentertawakan cadangan menjadikan ubi kayu sebagai ganti sementara nasi, anggaplah mereka itu manusia bebal yang jahil ilmu tradisi bangsa, dan buta sejarah nusa.
Tidak sulit mana mengecamkan orang bebal. Mereka menurut setia membabi buta pemimpin yang tiada hujahan.
Menurut Abu al-Laits As-Samarqandy, seorang faqih, ahli hadis, dan tafsir yang dikenali dengan Kitab Tanbiih al-Ghaafiliin (Ingatan Buat Yang Lupa) di masjid-masjid kita; ada enam ciri orang bebal.
Tiga darinya adalah melenting tanpa sebab dan usul periksa; mengulas tanpa mengkaji punca dan mengertikan manfaatnya; dan tidak mampu membezakan mana teman dan mana musuh, yang mana dalam hal ini apa yang baik dan apa yang tidak. Ramai dalam kalangan kita begini;
Ubi sedap makan bersambal,
Tabur di laman sisa dan hampas;
Orang bodoh tidak mengenal,
Mana ubi yang mana upas. – 13 April, 2024.
* Mohd Faizal Musa atau Faisal Tehrani bertugas sebagai felo di Institut Alam dan Tamadun Melayu (UKM), Felo Pelawat di ISEAS-Yusuf Ishak dan Bersekutu untuk sebuah projek di bawah Weatherhead Center, Universiti Harvard. Faisal menulis mengenai pelbagai perkara yang menjadi minat beliau.
* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.
Ibu bersama bayi tiga bulan maut lepas kereta bertembung lori tangki
Seorang ibu bersama bayi perempuannya berusia tiga bulan maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tangki di Jalan Tanjung Balau – Bandar Penawar berhampiran Taman Sri Penawar di Kota Tinggi semalam.
Pegawai Bomba Kanan II KUP Azlan Mat Sani dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.38 tengah hari sebelum lapan anggota dan jentera digerakkan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Najwa Nurshahira Kamaruzaman, 28, dan anaknya Felkah Nurnadeera Muhammad Fahmy.
"Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah kereta Perodua Myvi dan sebuah lori tangki.
"Ibu dan bayi terbabit merupakan penumpang Perodua Myvi dan mereka didapati tersepit di bahagian penumpang hadapan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata kedua-dua mangsa yang tersepit dikeluarkan oleh PKO menggunakan peralatan khas sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan.
Menurut Azlan, pemandu Perodua Myvi dikenali sebagai Muhammad Fahmy Ali, 30, dan dua lagi anaknya Muhammad Fakhrul Naufal Muhammad Fahmy, 8, dan Muhammad Fakhrul Naqil Muhammad Fahmy, 5, mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Klinik Kesihatan Bandar Penawar di sini untuk rawatan lanjut.
"Dua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala pemandu lori lelaki berumur 34 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya sambil menambah operasi ditamatkan sepenuhnya pada 2.46 petang.
- Bernama
Wakil rakyat Thailand tampil berbusana Melayu di Parlimen wajar dipuji
KUALA LUMPUR – Penampilan tujuh wakil rakyat Thailand yang menampilkan busana Melayu ketika menghadiri sidang Parlimen merupakan satu contoh yang wajar dipuji.
Pengerusi Inisiatif Madani Serantau, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, tindakan itu adalah suatu pembaharuan imej kepada rakyat Thailand dalam mengekalkan kebudayaan Melayu sebagai sebahagian integriti dalam masyarakat negara itu yang perlu dihormati.
“Kami berpendapat adalah wajar kebudayaan Melayu ditonjolkan kerana stigma terhadap masyarakat Melayu di Thailand masih dianggap sebagai kebudayaan asing dan pernyataan pemberontakan terhadap kebudayaan nasional Thailand yang dominan beragama Budha.
“Amat penting masyarakat Melayu mengekalkan kebudayaan etnik sendiri sebagai hak budaya yang perlu dihormati dalam sebuah negara yang demokratik,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Mohd Azmi, saling menghormati dan memahami antara budaya bagi mewujudkan keharmonian dalam sebuah negara pelbagai etnik adalah penting.
Katanya, mengiktiraf keagaman, budaya dan tidak bersangka negatif terhadap budaya pribumi sesebuah etnik harus diterima baik oleh pemerintah Thailand.
Ujarnya, penghakisan budaya dan penjajahan budaya adalah antara isu penting yang perlu dibahaskan dalam proses damai antara komuniti di negara itu.
“Kami menganjurkan agar dialog kebudayaan diadakan di Thailand dalam rangka membangunkan peradaban Melayu yang kaya dengan nilai dan watak murni di Thailand.
“Konsep saling menghormati dan saling percaya inilah yang sedang diusahakan dalam agenda Malaysia Madani.
“Perkongsian program Madani yang dirangka di Malaysia boleh dikongsikan dengan pihak Thailand dalam rangka membangun rantau yang aman, stabil, makmur dan maju,” ujarnya yang juga Pengerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).
Mohd Azmi berkata, sudah sampai masanya hidup damai dalam kepelbagaian budaya diiktiraf di Thailand dijadikan dasar dalam pembangunan negara.
Berprasangka negatif dan mencurigai kebudayaan Melayu di Thailand harus di atasi dengan dialog dan memberi ruang yang sihat kepada masyarakat Melayu mengamalkan budaya mereka secara aman dan selesa, jelasnya.
“Kami percaya rantau ini boleh menjadi contoh kepada kehidupan beragam budaya yang unik dan hormani demi membangun komuniti ASEAN yang makmur,” kata beliau. – MalaysiaGazette
Nampak 'Basic', Pengunjung KLIA Terkejut Harga Dua Nasi Lemak Ayam RM63
Umum ramai mengetahui harga makanan di lapangan terbang sedikit mahal berbanding di tempat lain.
Bagaimanapun seorang lelaki berkunjung ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) tidak menyangka dia perlu membayar RM63 untuk dua bekas nasi lemak ayam.
Menerusi hantaran Facebook Nav Nair, dia terkejut apabila melihat makanan yang diterimanya tidak setimpal dengan harga yang dibayar.
Dalam gambar yang dikongsikannya, dia dihidangkan dengan nasi lemak, kacang, ayam goreng, ikan bilis goreng dan sebekas sambal.
“Saya okay dengan harga premium anda tetapi sekurang-kurangnya biarkan makanan kelihatan premium. Adakah ini benar-benar berbaloi dengan harganya?,” ujar Nav Nair.
Rata-rata netizen turut memberikan komen yang serupa. Bagaimana peniaga boleh mengenakan caj yang mahal untuk sebungkus nasi lemak yang nampak tidak menyelerakan.
Sehubungan itu orang ramai meminta pihak pengurusan memantau harga-harga yang diletakkan oleh peniaga dalam KLIA.
Gred 41 ke bawah paling ramai buat pinjaman
PETALING JAYA: Kakitangan kerajaan Gred 41 dan ke bawah antara yang paling ramai membuat pinjaman peribadi bagi menanggung kos sara hidup yang tinggi selain jumlah gaji diterima menghampiri garis kemiskinan.
Namun, trend kakitangan penjawat awam yang membuat pinjaman tidak bertambah mendadak susulan tindakan kerajaan menggantikan skim lantikan baharu kini secara kontrak yang tidak mendapat keistimewaan membuat pinjaman secara mudah oleh institusi perbankan.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Angkatan Koperasi Malaysia Berhad (Angkasa) , Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah berkata, hanya lima peratus atau terdapat kira-kira 50,000 penambahan peminjam baharu direkodkan setelah peminjam lama melangsaikan pinjaman masing-masing.
“Kebanyakan yang meminjam adalah kumpulan gred 41 ke bawah. Lazimnya mereka buat pinjaman dengan alasan untuk berkahwin atau membeli rumah,” katanya.
Terdahulu, akhbar ini melaporkan, Angkasa menguruskan hampir RM1.2 bilion sebulan atau RM14.4 bilion setahun bayaran balik 800,000 penjawat awam yang membuat pinjaman dengan pelbagai institusi kewangan dan koperasi.
Jumlah pinjaman keseluruhan berubah-ubah setiap masa kerana setiap hari ada pinjaman habis dibayar dan terdapat permohonan baharu diluluskan kepada peminjam.
Lima lagi agensi yang menguruskan pinjaman kakitangan awam adalah Bank Simpanan Nasional (BSN), Yayasan Ihsan Rakyat (YIR), CoShare Holdings Berhad, I.Destinasi (IDSB) dan MBSB Bank Berhad (MBSB Bank).
Abdul Fattah berkata, kumpulan penjawat awam gred 41 ke bawah membuat pinjaman kerana kenaikan gaji mereka tidak meningkat dengan banyak.
“Oleh itu, mereka akan membuat pinjaman untuk tujuan peribadi dan kalau dilihat kumpulan penjawat awam gred 41 adalah pekerja baharu atau lepasan daripada universiti,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Abdul Rahman Mohd. Nordin berkata, gaji penjawat awam gred 44 berada di bawah garis kemiskinan.
“Memang tidak dinafikan penjawat awam gred 44 ke bawah lebih ramai yang melakukan pinjaman. Ini juga kerana gaji atau pendapatan isi rumah tidak sampai RM6,000.
“Gaji mereka masih lagi tidak mampu menanggung kos sara hidup yang tinggi,” katanya. – UTUSAN
Suami isteri maut, motosikal kuasa tinggi terbabas - Sinar Harian
Suami isteri maut, motosikal kuasa tinggi terbabas
KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Sepasang suami isteri maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangi mereka terbabas di Kampung Bukit Tok Ali, Jalan Persekutuan Jeli-Dabong di sini pagi Jumaat.
Pasangan berkenaan, Saharudin Mohd Yusoff, 50, dan Azilawati Jusoh, 50, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Kuala Balah.
Kakak kepada Allahyarham Azilawati, Azizah Jusoh, 53, berkata, sebelum kejadian, mereka teruja untuk bergambar kenangan bersama pada petang hari raya kedua.
"Kami saling mengajak untuk bergambar di hadapan rumah ibu kononnya sebagai kenangan, namun tidak sangka ia gambar terakhir kami.
"Kami juga secara spontan bergambar ketika itu manakala ibu pula tiada di rumah kerana keluar beraya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Azizah memberitahu, pasangan itu pulang berhari raya di kampung setiap tahun, namun tidak menyangka kedua-duanya pulang dengan menaiki motosikal kali ini.
"Mereka juga tidak memaklumkan kami akan pulang dengan motosikal tetapi tiba-tiba sampai ke kampung dengan kenderaan itu.
"Selepas itu kami diberitahu mereka menunggang motosikal kerana mahu mengelakkan kesesakan jalan raya," katanya.
Azizah memberitahu, mereka menerima panggilan telefon daripada polis memaklumkan kejadian itu kira-kira jam 9.30 pagi selepas tidak berapa lama mereka bertolak dari kampung.
Jenazah pasangan suami isteri berkenaan dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bechah Kelubi, Chetok, Pasir Mas, jam 4 pagi Sabtu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jeli, Superintenden Saari Yaacob berkata, siasatan awal mendapati dalam kejadian jam 9.15 pagi itu, motosikal berkuasa tinggi BMW yang ditunggang mangsa dari arah Jeli ke Dabong dipercayai memasuki laluan bertentangan lalu terbabas ke dalam semak sebelum merempuh sebatang pokok.
Menurut beliau, jenazah kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Jeli untuk bedah siasat.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Boikot? Jangan gopoh
Mukadimah
Boleh dikatakan isu perpaduan dalam masyarakat majmuk di negara ini sering kali diperdebatkan sejak kebelakangan ini. Melalui media sosial, hal-hal berkaitan perpaduan menjadi lebih ‘panas’ dan menjadi isu yang sentiasa ‘hidup’ serta sering diperkatakan.
Adakalanya mencetus provokasi dan menyinggung perasaan pihak tertentu disebabkan tindakan segelintir pihak termasuk orang politik.
Wartawan Mingguan Malaysia, MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI menemu ramah pendakwah bebas, FIRDAUS WONG WAI HUNG. Turut membantu jurufoto M. FIRDAUS M. JOHARI
BINCANG BUKAN DEBAT
MINGGUAN MALAYSIA: Pandangan saudara terhadap perdebatan dalam kalangan tokoh agama secara terbuka terutama di media sosial?
FIRDAUS WONG: Kita boleh katakan ia sebenarnya sebagai diskusi bukannya perdebatan. Sebabnya kalau berdebat, ia biasanya secara bersemuka atau dibuat dalam talian.
Saya juga tidak nampak itu sebagai satu perdebatan dan ia juga sebenarnya menjadi salah satu platform untuk berkongsi pandangan.
Apa yang saya lihat, kalau ada dalam kalangan asatizah yang berbeza pandangan dan mengkritik satu sama lain dalam sesuatu isu, ia ada baik dan buruknya.
Kenapa saya katakan begitu? Ini kerana kita ini orang awam dan apabila kita melihat ada ahli agama yang dikatakan berdebat itu, secara tidak langsung kita akan belajar sesuatu.
Dalam erti kata lain ada yang kita belajar. Kita sebenarnya bukan nak jadi macam lembu yang dicucuk hidung.
Kita mahu belajar dengan cara berfikir secara rasional dan logikal (di sebalik pertukaran pandangan). Malah kita perlu bertanya semula pada diri kita, penilaian itu dibuat berdasarkan apa? Adakah ia disebabkan popular, aliran, ilmu atau sekolah pondok (latar belakang tokoh)?
Walhal, itu semua bukanlah penanda aras kebenaran. Penanda aras kebenaran sebagai contoh apa yang paling dekat (mengikut) panduan al-Quran sebagaimana yang difahami oleh Nabi Muhammad SAW.
Maka kebenaran adalah apa yang paling dekat dan apa yang diamal oleh Nabi Muhammad SAW dengan para sahabat dan tiga generasi terbaik. Apabila ada diskusi, ia satu perkembangan sihat. Sebab apa saya katakan begitu?
Saya bagi contoh ketika waktu penularan Covid-19, apa yang kita tidak buat sebelum pandemik, kita amalkan. Contoh khutbah raya. Selama ini kita tengok banyak yang tiada (khutbah) pun. Jadi, kita boleh nampak bagaimana dengan adanya perbezaan pendapat, masyarakat jadi semakin cerdik dalam beragama. Sebab agama bukanlah ikut-ikutan atau dalam erti kata lain orang itu popular, maka dia mesti betul.
Itu bukan cara untuk menilai. Malah, kita perlu menilai bukan berdasarkan sentimen kenegerian atau apa sahaja di sebalik niat untuk mencari ilmu. Kita perlu kena rasional dan logik sekali gus menjadikan kita cerdas serta bijak dalam beragama.
Bagaimanapun, perbincangan secara terbuka ini ada keburukannya, sebagai contoh bahasa yang digunakan. Kritik mengkritik tiada masalah sebab ia khazanah ilmu dalam Islam. Sesama ulama pun mereka mengkritik satu sama lain.
Apa yang tidak boleh adalah, contoh kita tidak setuju dalam satu-satu isu. Tapi masalahnya ada yang kecam-mengecam, fitnah atau pembunuhan karakter. Jadi, tiada ruangan perbincangan. Apabila ada perbezaan ilmiah, perlu ada penukaran ilmu secara ilmiah. Kalau ada salah atau perbezaan pandangan perlu ada sebab dan dalilnya.
Benda ini memang saya cakap secara konsisten. Sesama ulama ada perbezaan tetapi perlu jaga adab kerana pada asasnya kita tetap sesama Muslim. Jangan hanya kerana perbezaan, kita mencipta fitnah atau salah tafsir.
Selepas itu ada yang membodohkan orang atau dalam erti kata lain penggunaan bahasa itu. Sebab kita manusia ada perbezaannya daripada pelbagai aspek. Sebenarnya kita boleh lihat bagaimana dia menguruskan emosi (semasa) perdebatan.
TAK LAYAN DEBAT
Pernah saudara dipelawa untuk berdebat terutama dalam isu berkaitan hal-ehwal agama?
Kalau ajak berdebat ramai terutama cabar-mencabar dalam media sosial. Namun, tidak semua yang kita perlu melayan. Kita perlu tengok apakah tujuan perdebatan itu.
Siapa mereka (latar belakang)? Adakah perdebatan itu untuk mencari kebenaran? Kalau orang itu tidak dikenali dan tidak tahu latar belakang, abaikan. Adalah lebih baik (individu) berkenaan dapatkan pengiktirafan kelayakan (daripada pertubuhan agama atau agensi berkaitan). Saya tidak suka berdebat tetapi lebih pada berbincang.
Tidak perlu ada penonton kalau apa yang dikatakan sebagai berbincang. Ia lebih pada objektif dalam mencari kebenaran. Setakat ini ajak saya berdebat secara terbuka ialah Siti Kasim.Tapi kemudian, secara tiba-tiba menarik diri.
ADA YANG HENDAK PUKUL SAYA
Bagaimana dengan ancaman yang paling teruk diterima setakat ini?
Ancaman itu biasa dan ia lumrah. Ada yang hendak pukul saya. Begitu juga dengan ugutan bunuh pun sudah saya terima dua tiga kali. Tapi setakat ini saya ok. Pada saya setakat orang nak hina dan sindir kita, itu perkara biasa.
Pada saya ia juga melambangkan adat dan akhlak kita. Saya pun tidak melayan sebarang fitnah dan kalau ada saya akan hantar surat tuntutan permohonan maaf atau saman fitnah. Pada pandangan saya tidak kenal seseorang atau agama tidak menjadi masalah. Akan tetapi jangan kerana tidak kenal awak nak cuba mencipta fitnah atau agama orang itu.
RAKYAT BERTOLERANSI
Bagaimana saudara melihat tahap perpaduan sejak kekelakangan ini?
Sebenarnya bila yang kita boleh kata kita bersatu padu? Saya bersetuju dengan Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong menerusi satu wawancara pada 2019. Dia kata sejak merdeka adakah terdapat perpaduan? Lagipun sejak kecil kita belajar di sekolah masing-masing (vernakular).
Kemudian ada orang Malaysia tidak fasih berbahasa Melayu. Jadi, di mana perpaduannya? Saya tidak suka perpaduan yang berbentuk artificial (buatan).
Sebagai contoh, Hari Kemerdekaan kibarkan bendera dan kemudian nyanyi lagu Negaraku lepas itu kita cakap ia perpaduan. Adakah itu perpaduan sebenar dan kita bersatu atas dasar apa?
Sebelum ini ada juga pihak ketiga buat kajian (dalam kalangan rakyat Malaysia) dan direkodkan di radio. Jikalau seorang atlet Malaysia bertanding di Olimpik kejohanan badminton menentang China pengkaji tanya responden nak sokong mana? Ada yang sokong Malaysia dan ada yang sokong China. Bagaimana perkataan itu boleh lahir? Perkara sama berlaku juga dengan orang Melayu dari generasi keempat.
Kadang-kala ada orang politik yang cakap kita perlu bersatu padu tapi apabila Pilihan Raya Umum (PRU), mereka juga yang pecah-belahkannya.
Walaupun orang kata isu agama ini macam memecah belahkan, tetapi di Malaysia kini kita banyak berpecah belah sebab ideologi politik. Tidak kira mana-mana ahli parti pun. Kita banyak berpecah daripada sudut itu.
Jadi, di situ kita sebenarnya ada isu apa yang dimaksudkan dengan toleransi dan hormat menghormati. Cukupkah sekadar pada musim perayaan, kita mesti sama sama meraikan?
Ia sebenarnya bukan. Pada pandangan saya, toleransi bermaksud saya menghormati hak kawan kita yang bukan Muslim untuk sambut upacara dan hari keraian mereka.
Dalam masa sama bertoleransi. Walaupun saya rasa ada benda yang saya tidak setuju, tetapi sebab toleransi, maka ia dibiarkan. Contohnya azan. Walaupun ia menghasilkan suara yang kuat, tapi disebabkan toleransi maka ia dibiarkan.
Begitu juga bagi Islam yang mungkin tidak suka pembaziran dan ada rakan kita yang bukan Islam menyambut perayaan tertentu mencederakan diri atau membuang makanan. Tetapi kita orang Islam tidak perlu komen dan tidak perlu masuk campur atas dasar nama toleransi .
Tetapi masalahnya sebelum ini, ada fatwa kata orang Islam dilarang sambut festival Pongal dan ia ditujukan untuk orang Islam. Masalahnya siapa yang melompat? Yang melompat orang bukan Muslim.
Kalau mereka mahu sambut silakan tapi masalahnya orang bukan Islam pula melatah sedangkan kita tidak halang pun mereka untuk menyambut festival berkenaan. Ini ada yang tuduh kata orang Islam tidak bertoleransi. Sebab itu, saya cakap macam mana hendak ada toleransi kalau perkara asas pun tidak dipatuhi?
Sensitiviti dan toleransi ini melibatkan dua pihak. Ia bukan soal apabila Muslim tak mahu buat Muslim tiada toleransi. Kita hormat hak mereka. Sebagai contoh sekarang pesta Qing Ming dan perlu membakar colok serta kertas sembahyang.
Kalau ikut undang-undang di Malaysia, tidak boleh ada pembakaran terbuka. Siapa yang didapati buat pembakaran terbuka akan dikenakan tindakan. Tapi tiada pun orang Islam buat laporan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk buat tangkapan ketika ada upacara membakar. Itu toleransi dan hormat-menghormatilah.
Justeru, perpaduan ini sesuatu yang sangat subjektif. Saya tidak nampak di situ ada perpaduan. Malah, kita sebenarnya sudah berpecah disebabkan ideologi politik.
Toleransi agama sesuatu yang boleh dipertingkatkan kalau ada kemahuan untuk saling memahami.
Adakah ia disebabkan sistem pendidikan (sekolah vernakular)?
Mereka menafikan tetapi beliau (Kok Seong) dalam wawancara sebelum ini berkata sekolah vernakular antara yang menjadi punca.
Malahan dalam titah pembukaan Parlimen, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim cakap benda yang sama. Ada orang Malaysia lahir di Malaysia tetapi tidak fasih cakap berbahasa kebangsaan.
Jadi, macam mana? Kita hendak perpaduan, mahu keharmonian, tetapi bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi. Kita tidak boleh kata adanya perpaduan tapi dalam masa sama kita buat tindakan yang tidak menjurus perpaduan. Ia bukan setakat kita bergambar bersama sekali sekala tapi di belakang kita cakap lain (mengeji atau mengecam).
Jadi, bagi saya apa yang ada sekarang ini lebih kepada artificial unity (perpaduan buatan). Perpaduan yang sebenar masih tidak nampak lagi.
ISU KALIMAH ALLAH
Satu demi satu timbul isu lain yang membabitkan kalimah Allah selepas isu stoking. Adakah umat Islam terlalu sensitif?
Antara terlalu sensitif, kurang sensitif atau tiada langsung perasaan sensitif. Kita perlu tanya apakah yang menyebabkan umat Islam berperasaan sedemikian?
Dulu mungkin kita kata kurang sensitif. Tapi apabila saban hari ada yang cuba menangguk di air keruh, isu kecil menjadi besar disebabkan sentimen.
Bagi saya itu reaksi segelintir orang Melayu yang ditekan dan ditolak ke satu sudut. Jadi, itulah reaksi mereka. Dalam isu sekarang ini, ada yang cakap ya dan ada yang kata tidak. Awal-awal lagi saya sebut kalau hendak buat apa-apa dengan ilmu dan bukan dengan ikut-ikutan. Walau apa pun dalam isu ini serahkan balik kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.
Cumanya, kalau ahli politik yang mengetuai satu-satu isu mesti ada kepentingan. Mengapa ada isu yang mereka lantang tapi ada setengah isu kurang lantang? Sebabnya kalau tidak bawa isu nanti nama tenggelam dan dalam PRU orang tidak undi mereka pula.
DILARANG MASUK SABAH DAN SARAWAK
Ada cubaan memboikot saudara termasuk dihalang memasuki Sabah dan Sarawak. Saudara mengalah?
Pertama, tentang isu hendak boikot saya termasuk larangan memasuki premis. Saya pun secara asas tidak mengenali mereka dan banyak sebarkan fitnah konon saya sabotaj, mendakwa saya meletakkan stoking tersebut.
Sedangkan ia tidak benar. Tidak pernah pula saya kata saya letak (stoking tersebut) dan ini sekali gus menyebabkan kebencian melampau serta timbul fitnah. Kalau benar, kenapa KK Mart minta maaf dan menghubungi saya?
Jadi, kepada orang yang mahu boikot, tidak mahu benarkan saya masuk premis mereka itu hak mereka. Sebagai rakyat Malaysia saya mengiktiraf hak mereka untuk tidak membenarkan perkara tersebut.
Kalau mereka senaraikan premis mana pun saya tidak akan sama sekali untuk masuk. Tetapi jangan lupa, saya ada hak pengguna juga untuk tidak masuk premis mereka. Jangan apabila orang Islam yang boikot, kamu kata orang Islam begini dan begitu.
Tetapi kalau kamu boikot, ok pula. Sekarang ini saya minta mereka untuk senaraikan premis mana yang tidak membenarkan saya masuk dan saya sendiri tidak akan masuk.Tapi sampai hari ini tidak pula disenaraikan premis yang memboikot saya.
Berkenaan dengan cadangan agar tidak membenarkan saya masuk ke Sarawak, itu cadangan mereka dan Sabah serta Sarawak mempunyai hak autonomi. Terpulang kepada kebijaksanaan pemerintah di sana.
Sebabnya, setiap orang boleh membuat tuntutan untuk tidak membenarkan siapa yang boleh masuk. Saya menghormati hak aktivis yang memberi cadangan berkenaan dan itu ia hak dia. Sama ada saya tidak dibenarkan masuk itu tidak mengapa.
Tetapi setakat ini yang saya tahu saya tiada masalah hendak masuk ke Sabah dan Sarawak. Malahan saya dijemput oleh kerajaan Sarawak dalam program tertentu di sana.
JANGAN GOPOH BERTINDAK
Sampai bila isu memboikot ini perlu diteruskan dan adakah ia sesuatu yang sewajarnya?
Berbalik kepada isu pasaraya KK Mart. Saya tidak pernah suruh ia diboikot. Mengapa? Pada saya ia perlu ditangani dengan rasional. Ia tidak boleh tergopoh-gapah. Saya tidak kata sama ada perlu diboikot atau tidak. Saya cuma ambil pendekatan biarlah pihak berkuasa siasat. Sebab kita tidak tahu macam mana.
Malah dalam posting asal saya mengenai stoking itu saya tanya bagaimana stoking yang tertera nama Allah SWT dijual di kedai serbaneka? Saya mohon pihak berkuasa siasat. Yang minta boikot awal-awal ini ialah orang yang gopoh.
Betul kita mahu mempertahankan kalimah Allah SWT. Tetapi kita juga perlu bagi ruang kepada sesiapa yang mahu menjelaskannya. Kemudian terpulang hendak boikot.
Kita boleh boikot sebab perkhidmatan yang teruk atau harga mahal atau boikot tanpa sebab pun. Tapi kalau nak boikot sesuatu pastikan kita boikot dengan ilmu dan bukan dengan sentimen semata-mata.
Tindakan memboikot ini boleh jadi satu alat bagus untuk memberi tekanan kepada pihak tertentu. Selama ini kerap kali kuasa beli orang Islam di negara ini diperkecilkan. Kononnya ada khabar angin yang mendakwa pihak yang paling banyak bayar cukai ialah orang bukan Islam.
Tetapi apabila isu perang di Gaza, orang Islam mula boikot McDonald’s dan sebagainya sehingga rugi serta ada yang merayu jangan diboikot, barulah sedar kuasa beli kita dan menunjukkan kuasa ekonomi ada pada orang Islam.
Kadang-kadang saya rasa boikot itu perlu ada, barulah ada orang nampak (kesannya). Kalau tidak kita sering diperkecilkan. Tapi sekarang apabila orang Islam cuba hendak memboikot takut pula. Saya nampak memang ada sisi negatif dan positifnya.
Harus diingat apa penting ada ilmu dan jangan gopoh. Jangan ambil sebarang tindakan yang membelakangkan undang-undang serta agama Islam, adab dan akhlaknya.
TIDAK AKAN BERHENTI
Ada rancangan untuk bersara dan memperlahankan tindakan sebelum ini selepas menerima pelbagai kritikan serta tekanan?
Hendak kata bersara tidak pernah sebab bagi saya kalau saya mahu bersara saya buat benda ini tidak ikhlas. Maknanya, mahu pengiktirafan dan pujian manusia. Apabila sudah diboikot tiba-tiba hendak bersara.
Saya buat semua ini kerana Allah SWT. Maka kalau orang suka atau tidak kenapa hendak bersara? Kalau saya bersara orang yang mahu lihat saya berhenti daripada kerja mempertahankan Islam, dia gembira.
Tetapi kalau kita tidak bersara dan tahu ia jalan benar maka teruskan. Perkataan bersara tidak pernah timbul. Makin kuat tentangan, semakin saya bersemangat untuk berdakwah.
Saya umpamakan diri saya macam layang-layang. Makin kuat ditiup angin makin kuat ia terbang. Sebab layang-layang terbang makin tinggi apabila lawan arus.
MAHU POPULAR?
Ada berpandangan segala tindakan saudara yang lantang bersuara hanya untuk populariti. Komen saudara?
Kalau saya mahukan populariti saya boleh buat kerja yang orang suka. Saya bukan jual barang. Kalau mahu populariti ada individu yang buat sesuatu melibatkan emosi, bergambar dan memuat naik video sedih.
Tapi adakah pernah individu tersebut buat kenyataan dalam isu-isu seperti mempertahankan agama Islam? Kalau hendak jadi popular buat benda yang disukai. Itu kerja senang. Baik buat sesuatu yang manusia suka.
Benda yang saya buat saya ditentang, dihina dan difitnah. Jadi, berbaloi atau tidak kalau hendak dapatkan populariti tetapi diri diserang setiap hari? Kalau mahu popular lebih baik beli pengikut di media sosial lagi senang. Buat video dan bergambar.
Saya boleh ambil contoh lain. Kalau awak lihat pendakwah yang ada berjuta pengikut, mereka ceramah lebih kepada apa yang orang suka. Buat lawak dan sebagainya. Cuba dia buat nahi mungkar atau sesuatu yang tidak popular.
Malah Facebook saya yang mencecah 500,000 pengikut pun bukanlah saya yang buat. Ada sukarelawan yang kemudian dia beri pada saya untuk diuruskan. Kalau gila populariti mengapa saya tidak buat sendiri? Tiada makna mencari populariti, walhal setiap hari kena menghadap orang yang menghina dan mengancam kita. – Mingguan Malaysia
Strategi Bijak Jurulatih Malaysia Buat Beregu China Melopong
Taktik unik jurulatih badminton Malaysia berjaya membantu pasangan negara membenam ego pasangan China dalam saingan Badminton Asia Championship 2024.
Jurulatih beregu lelaki negara, Tan Bin Shen menggunakan pendekatan berbeza apabila dilihat mengeluarkan arahan di dalam Bahasa Melayu ketika membimbing Aaron Chia-Soh Wooi Yik berdepan pasangan China, Liu Yuchen-Ou Xuanyi.
Insiden menarik ini sempat dirakam oleh pengguna X, craigansibin, dan video tersebut dimuatnaik sehingga meraih tontonan ratusan ribu peminat badminton tanah air khususnya.
Di dalam video berkenaan, Tan Bin Shen sempat mengarahkan beregu negara untuk menukar taktikal dalam Bahasa Melayu agar tidak diketahui dan difahami oleh lawan mereka dari China.
”Aaron (Chia)! Aaron (Chia)! (Soh) Wooi Yik, receiving bola terlalu panjanglah, bagi dia (pihak lawan) buat!,” arah Tan Bin Shen dalam video berkenaan.
Video tersebut tular dan ramai pengguna media sosial memuji tindakan bijak jurulatih tersebut mengatur strategi dalam bahasa selain bahasa Mandarin memandangkan lawan mereka dari China sudah pasti fasih berbahasa Mandarin.
”Versus pemain China? Cakap Melayu. Versus pemain Indonesia? Cakap Cina. Versus sesama sendiri? Guna kening,” tulis salah seorang pengguna X, Lee Seng Foo.
”Kelebihan sebagai rakyat Malaysia. Takut lawan faham strategi? Tak mengapa kita cakap Bahasa Melayu,” coret ThongWeeDaphne, salah seorang peminat badminton di laman X.
Pada aksi berkenaan, Aaron-Wooi Yik tampil cemerlang mengecewakan pasangan tuan rumah, Liu Yuchen-Ou Xuanyi dalam aksi straight set untuk menempah tiket ke separuh akhir Badminton Asia Championship 2024.
Beregu kelima dunia ini akan berdepan rakan senegara, Nur Izzuddin-Goh Sze Fei dalam pertembungan separuh akhir hari ini.
Akmal disiasat bukti kerajaan tak pilih kasih - MP PKR
Akmal disiasat bukti kerajaan tak pilih kasih
Ahli Parlimen PKR menepis kenyataan terbaru oleh bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang P Ramasamy yang semalam mendakwa bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim gagal dalam tugasnya.
Antara lain, Ramasamy menuduh Anwar melakukan pendakwaan terpilih berhubung kes rasuah dan berkata presiden PKR itu tidak mempunyai keberanian dan wawasan untuk mengawal ahli politik yang degil seperti ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung memberitahu Malaysiakini bahawa siasatan terhadap Akmal berhubung kontroversi KK Mart di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia menunjukkan bahawa tindakan sedang diambil.
“Hakikat bahawa Akmal sedang disiasat oleh polis adalah bukti bahawa kerajaan perpaduan telah mengambil pendirian tegas tanpa rasa takut atau pilih kasih.
"Kerajaan setakat ini mahir dalam meredakan banyak isu agama dan kaum sebelum ini, dan tidak diambil kesempatan oleh mereka yang ingin meraih modal politik dengan agenda perpecahan mereka," kata Lee.
Ramasamy, yang pernah menjadi pembela tegar Anwar, digugurkan oleh DAP dan bertindak balas dengan membentuk Urimai, sebuah pertubuhan hak asasi kaum India. Baru-baru ini dia berikrar untuk berkempen menentang Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu akan datang dan berusaha untuk membina hubungan dengan gabungan pembangkang Perikatan Nasional (PN).
Dalam kenyataannya semalam, dia berkata bahawa cara Anwar menangani isu itu lemah dan mempertikai janji pembaharuan dan perubahan oleh perdana menteri.
"Malaysia sedang menuju ke arah pembaharuan. Anda mungkin tidak bersetuju dengan langkah itu, tetapi tiada siapa, termasuk Ramasamy, akan mengatakan bahawa hala tuju itu salah.
"Kerajaan perpaduan akan terus menyampaikan pakej pembaharuan yang tidak dapat dilakukan oleh blok politik lain," tambah Lee.
Sementara itu, Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran mengakui terdapat sedikit kekecewaan di kalangan penyokong PH berhubung agenda reformasi.
“Sebahagiannya dia betul bahawa orang mempunyai harapan yang sangat tinggi.
"Anwar sahaja tidak akan dapat menyelesaikannya tetapi seluruh kabinet perlu berfungsi dan bekerja lebih keras," katanya.
Dia juga mencadangkan Ramasamy menyerahkan penghakiman kepada pengundi.
"Sentimen asas adalah berbeza dan saya fikir kita harus membiarkan rakyat membuat pertimbangan," kata Yuneswaran.
Pengunjung McDonald's lapor polis selepas diugut
KUANTAN – Seorang lelaki membuat laporan polis selepas diugut oleh sekumpulan lelaki ketika menjamu selera bersama ahli keluarga di restoran McDonald’s.
China Press melaporkan, semasa kejadian pada 12 April di Kuantan itu, sekumpulan lelaki sedang mengadakan kempen boikot di luar restoran dan menganggu pengadu.
Kumpulan tersebut pada mulanya memanggil pengadu, yang merupakan orang Melayu berumur 40 tahun, apabila melihatnya memasuki restoran.
Seorang lelaki kemudian melakukan provokasi terhadap pengadu yang keluar dari restoran, tetapi pelapor memasuki semula restoran tanpa mempedulikannya.
Namun, selepas menjamu selera, kumpulan tersebut sekali lagi menganggu pengadu dan ahli keluarganya yang keluar dari restoran.
Tidak puas hati selepas dimaki dan dihina, pengadu menghampiri kumpulan tersebut tetapi diugut seorang lelaki akan dipukul menggunakan helmet motosikal.
Pengadu segera meninggalkan tempat kejadian dan membuat laporan polis sekitar pukul 12 tengah malam. – MalaysiaGazette
Wee: Hak jadi wakil rakyat dinikmati pemimpin DAP pun jasa MCA
Hak jadi wakil rakyat dinikmati pemimpin DAP pun jasa MCA
Presiden MCA Wee Ka Siong membidas Setiausaha Agung DAP Anthony Loke kerana mendakwa MCA membawa imej yang tidak mengutamakan kepentingan rakyat, khususnya masyarakat Cina.
Wee, yang merupakan bekas menteri pengangkutan, mengingatkan pemimpin DAP itu bahawa hak yang dinikmati oleh mereka adalah hasil daripada tindakan pemimpin MCA sejak negara mencapai kemerdekaan.
“Hak kerakyatan, hak untuk mengundi pun, (hak) apa yang pemimpin DAP dapat sekarang pun... Jangan lupa, sejak kemerdekaan, kita perjuangkan bersama untuk dia.
"Kalau kata MCA tak buat apa-apa, sekurang-kurangnya dia ada hak untuk mengundi, betul? Hak untuk dipilih sebagai wakil rakyat...
"Jangan kata kita tidak buat apa-apa, ini memang menyakitkan hati kita,” katanya dalam klip video yang dimuat naik di akaun media sosialnya semalam.
Sambil menyorot penubuhan dua universiti - Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) - yang dibiayai oleh MCA, Wee berkata institusi itu telah melahirkan 383,000 graduan, membuktikan sumbangan parti itu kepada negara.
“Ini bukan angka yang kecil. Pada waktu ini pun ada 53,000 pelajar menuntut di dua institusi ini.
"Apa maksudnya? Kalau MCA tak buat apa-apa, bagaimana kita boleh mendapat hasil ini?” katanya.
Selain itu, dia juga menegaskan bahawa pihaknya telah bertindak sebagai semak dan imbang kerajaan dan bertanggungjawab menjaga keharmonian kaum.
“Kita tak nak rakyat gaduh. Sebab itu MCA dilihat sebagai parti yang tidak ekstrem sangat. Kami nak menonjolkan semangat muhibah. Itulah kekuatan kita hari ini,” katanya.
Justeru, Wee membidas Loke kerana menafikan sumbangan MCA yang memberi kesan kepada masyarakat Cina, hanya kerana parti berasaskan Cina itu "tidak ikut rentak DAP".
“DAP mahukan Malaysia Malaysia, kita tak setuju sangat. Kemudian mereka mempunyai Deklarasi Setapak pada tahun 1960-an, mahukan persamaan antara kaum dan jangan ada perbezaan antara bumiputera dan bukan bumiputera.
“Kemudian mereka mahu menghapuskan sistem kuota. Tengok, apa yang mereka lihat pada MCA, ini adalah kayu pengukurnya, ya, kita tak dapat ikut rentak mereka (DAP) buat semua ini.
“Ini memang takdir tuhan. Mereka dah berkuasa. Sekarang serah kepada kamu, buatlah apa yang patut," katanya.
Bantahan Wee dibuat selepas kenyataan Loke semasa wawancara di podcast Keluar Sekejap yang dihoskan oleh Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan.
Loke, yang juga menteri pengangkutan, juga menegaskan bahawa terdapat persepsi bahawa MCA adalah "parti tauke", mengatakan ia adalah parti yang hanya untuk orang kaya dan orang yang mempunyai jawatan.
Mengulas dakwaan itu, Wee menafikan label "parti tauke", menegaskan bahawa MCA sentiasa memperjuangkan kepentingan rakyat dari semua lapisan masyarakat sejak 1949.
Walaupun MCA diasaskan oleh Tan Cheng Lock – seorang ahli perniagaan, Wee berkata parti itu terdiri daripada ahli dari semua lapisan masyarakat.
“Kami mempunyai anak penoreh getah, penjual surat khabar, penjaja dan guru. Adakah itu menggambarkan MCA sebagai ‘parti tauke’?
“Ibu bapa saya penoreh getah. Saya presiden hari ini. Kalau ‘parti tauke’, macam mana anak penoreh getah boleh jadi presiden?
“Sekarang mereka (DAP) menjadi menteri, mereka berkawan dengan Tan Sri dan Datuk Seri. Siapakah ‘parti tauke’ sekarang?” soalnya.
Wee, yang juga ahli parlimen Ayer Hitam, kemudian memberi amaran kepada DAP supaya tidak menyerang MCA semata-mata untuk meraih undi dalam pilihan raya.
“MCA berani kerana kami bercakap benar. Tidak mengapa jika kita dihina.
“Tetapi kami tahu kedudukan kami dan itu adalah kami mahukan Malaysia yang lebih harmoni dan kami mahu hubungan yang lebih mesra antara kaum,” katanya.
Pas yakin kemenangan PN di PRK Kuala Kubu Bharu
KUALA LUMPUR – Pas sebulat suara menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) untuk memutuskan siapakah calon paling sesuai akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu bulan depan.
Menurut Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, gabungan itu yakin PN boleh menang besar di kerusi yang juga merupakan kubu kuat DAP selama beberapa penggal sebelum ini.
Menurutnya, rakyat kini sangat terbeban dengan pelbagai isu yang tidak dapat sebarang penyelesaian sehingga menyebabkan rata-rata mereka tidak berpuas hati.
“Rakyat tidak puas dengan pelbagai perkara termasuk masalah kemelesetan ekonomi dan kenaikan harga barang. Kita (PN) boleh yakinkan rakyat kemampuan kita dan menang besar, bergaya.
“Sejak Pilihan Raya Umum ke-15, sokongan terhadap kekal dan semakin baik dalam kalangan rakyat di negara ini,” katanya hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Amar juga memberikan bayangan kemungkinan besar calon yang bakal bertanding di PRK Kuala Kubu Bharu itu datangnya daripada parti Gerakan.
Jelasnya, itu kerana untuk kerusi tersebut telah dipersetujui pada PRU-15 lagi.
“Tapi setakat ini belum ada keputusan. Tidak kira siapa yang bertanding sama ada Gerakan, Pas atau Bersatu pastinya kita ada peluang rampas kerusi ini,” ujarnya.
Kerusi KKB kosong selepas kematian penyandangnya, mendiang Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.
Pada PRN lalu, Kee Hiong menewaskan calon PN, Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi. -MalaysiaGazette
Tular dilarikan kereta hitam, kanak-kanak perempuan ditemukan selamat - Sinar Harian
Tular dilarikan kereta hitam, kanak-kanak perempuan ditemukan selamat
KUALA SELANGOR - Seorang kanak-kanak perempuan yang tular selepas hilang ketika bermain di hadapan rumahnya di Jeram di sini, Khamis lalu dilaporkan selamat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintenden Mohd Ambia Nordin berkata, mangsa berusia lapan tahun itu didakwa dilarikan sebuah kereta berwarna hitam kira-kira jam 6.30 petang.
Menurut beliau, polis turut dimaklumkan ibu bapa kanak-kanak itu mengenai kejadian tersebut.
"Tindakan mengesan kemudian dijalankan dan menemukan mangsa kira-kira 90 minit selepas kehilangannya," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Mohd Ambia memberitahu, hasil pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.
Jelas beliau, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
"Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengawasi anak-anak yang berada di luar rumah di musim perayaan ini," ujar beliau.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Bekalan air terputus, persediaan raya jadi hambar - Sinar Harian
Bekalan air terputus, persediaan raya jadi hambar
Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai keistimewaan termasuk pengalaman tanpa iklan dengan melanggan Sinar Premium
Artikel Tanpa Had Akses mana-mana artikel dimana jua
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan